Friday, April 9, 2010

PENGAMBARAN MENU CHEF NAJIB DI MAJALAH SAJI

Baru-baru ini, saya telah dijemput oleh Majalah Saji dari KL untuk memasak beberapa masakan tradisi Sarawak untuk dimuatkan ke dalam Majalah Saji edisi Jun 2010. Pengambaran telah dijalankan dari 6 - 10 April dibeberapa buah lokasi.
Untuk projek ini, saya telah menyediakan menu-menu khas dari Sarawak untuk peminat Majalah Saji dan sudah tentu pembaca setia blog saya.
Bagi mendapatkan bahan2 masakan saya, bukan senang. Saya terpaksa memesan bahan2 dari jauh untuk memasak menu pilihan saya seperti Ikan Tahai dari Limbang, Ikan Lumek dari Sibu, Beras Bario dari Ba'kalalan, Belacan dari Bintulu, Sesar unjur dari Belawai, Terong Asam dari Sri Aman dan selebihnya dibeli di Kuching sahaja.

Untuk melihat semua menu2 ini [ dengan gambar yg lebih menarik ] sila beli Majalah Saji keluaran Jun akan datang! Selamat mencuba resepi2 saya!

Terima kasih kepada Rosmarlinda, wartawan eksekutif dari Majalah Saji, Jaffri [ Juru Kamera Saji ] dan Norashikin dari Majalah Mangga.... ' You all are great team! '

SUP NENAS SARIKEI

Bahan-bahan

Setengah biji Nenas ( dikupas dan di potong kecil atau diracik )
1 ½ jug air
2 biji Cili merah [ di potong ]
Belacan [ 1 inci ]
Udang [ ikut suka berapa banyak ] – dikupas kulit , biarkan bahagian ekor
Gula
Bahan perasa atau kiub bilis
Garam
Serbuk lada sulah

Cara-cara

1. Tuangkan air ke dalam periok dan didihkan
2. Apabila mendidih,masukkan potongan nenas dan biar hingga empuk
3. Masukkan cili dan belacan yang telah dihancurkan, kemudian masukkan udang.
4. Gaul rata. Masukkan kira-kira 3 sudu gula [boleh dikurangkan kalau tidak mahu terlalu manis ].
5. Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk lada sulah.

MANISAN MENTIMUN


Bahan-bahan

2 biji mentimun
Gula ( dilarutkan menjadi air gula bersama daun pandan )
Beberapa ketul kiub ais batu

Cara-cara

1. Parutkan mentimun dan masukkan ke dalam mangkuk
2. Masukkan air gula bersama ketulan ais. Tambah sedikit air.
3. Hidangkan.

TAUHU SUMBAT SOS KICAP BERKACANG


Bahan-bahan

6 keping tauhu segar
Sebatang lobak merah [ di potong memanjang ]
Sebiji timun [ ” ]
Sebiji sengkuang [ ” ]

Untuk sos


2 sudu kacang tanah goreng
Sebiji cili [ boleh digunakan cili padi kalau mahu lebih pedas ]
Seulas bawang putih
2 sudu gula
3 sudu kicap manis
2 biji limau kasturi

Cara-cara


1. Gorengkan tauhu hingga kekuningan
2. Potong serong kepada 2 bahagian [ bentuk segi tiga ]
3. Potong di bahagian tengah dan sumbatkan lobak merah, timun & sengkuang yang telah di mayang.
4. Ketepikan.

Cara membuat sos


1. Tumbukkan bawang putih, cili, gula sehingga lumat.
2. Kemudian masukkan kacang dan tumbuk hingga sebati [ jangan terlalu hancur ]
3. Tuangkan kicap dan akhir sekali perahkan limau kasturi.

Cara hidangan

Tuangkan sos kacang kedalam tauhu sumbat apabila menghidang.

SALAI LUMEK BERLADA

Bahan-bahan

10 ekor Ikan Lumek Salai
5 biji bawang merah [ dikisar ]
1 labu bawang besar [ di mayang halus ]
10 tangkai cili kering [ dikisar menjadi pes ]
1 sm halia, 1 sm lengkuas, 1 batang serai [ dikisar ]
Sedikit asam jawa
5 sudu santan segera
2 sm belacan
Gula & garam secukup rasa

Cara-cara

1. Potong ikan lumek salai menjadi kepingan
2. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan bahan kisar hingga layu.
4. Masukkan pes cili.
5. Apabila terbit minyak, masukkan air asam jawa, belacan,santan, gula & garam.
6. Apabila sebati, masukkan ikan lumek dan bawang besar yang dipotong bulat.
7. Goreng seketika dan angkat.

NASI GORENG DABAI



Bahan-bahannya

1 mangkuk besar nasi
2 sudu pes jeruk dabai
Sedikit isi bahagian dada ayam
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 biji cili merah
kiub ayam

Cara-cara.

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih bersama cili yang ditumbuk.
2. Masukkan isi ayam dan goreng hingga agak masak
3. Masukkan pes dabai, biar seketika. Masukkan air belacan & kiub ayam
4. Masukkan nasi dan goreng hingga sebati.

NASI BARIO 1 BORNEO

Bahan-bahan :

1 mangkuk nasi [ beras bario ]
Sebiji telur goreng mata lembu
10 ekor sesar unjur [ udang salai ]
Sedikit kacang goreng
2 keping terubok masin goreng
Sambal tahai

Cara menyediakannya :

1. Sediakan pinggan berbentuk segi empat
2. Masukkan nasi ke dalam bekas segi empat
3. Tekapkan di dalam pinggan beralaskan daun pisang.
4. Letakkan telor di atas nasi
5. Letakkan ikan masin [ alaskan dgn daun limau purut ] , kacang, sesar unjur [ susunan ikut kesukaan ]
6. Untuk sambal tahai [ daun pandan dibentuk menjadi bulat . Masukkan sambal tahai kedalamnya. ]
7. Akhir sekali taburkan dengan bawang goreng.


Tips :

Untuk memasak beras bario, kurang kan sukatan air dari beras. [cth : 4 cawan
Beras dangan 3 cawan air ]

MASAK LEMAK TERUBOK MASIN


Bahan-bahan

1 ekor ikan terubok masin
2 biji cili merah
10 biji cili api 2 batang serai [ Di titik ]5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih2 keping asam gelugur1 paket santan serbuk
Sedikit belacan

Cara membuatnya:
1. Ikan terubok di potong 3
2. Tumbukkan cili api, cili merah , bawang merah & bawang putih sehingga lumat.
3. Masukkan ikan dan bahan yang sudah ditumbuk ke dalam periuk bersama-sama air belacan, serai dan santan.
4. Masak hingga mendidih.
5. Kemudian masukkan asam gelugur, kacau hingga rata.

KARI SESAR UNJUR [ UDANG SALAI ]


Bahan-bahan

1 cawan sesar unjur [ udang salai sarawak ] direndam seketika
½ cawan rempah kari ikan
2 sudu kerisek
2 biji keledek manis [ sweet potatoes ]
1 tangkai daun kari
1 bungkus kecil Rempas tumis [kayu manis, cengkeh, buah pelaga, bunga lawang ]
2 cawan santan segar atau 1 kotak kecil santan segera
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk kunyit
Air asam jawa

Untuk dikisar [ bahan A ]

10 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
Cara-cara

1. Tumiskan bahan A bersama rempah tumis & daun kari hingga naik bau
2. Masukkan serbuk cili & kunyit
3. Masukkan kari yang telah dibancuh dengan sedikit air
4 Kemudian masukkan sesar unjur & keledek manis dan gaul rata.
5. Apabila sebati tuangkan santan dan biar hingga mendidih.
6. Masukkan kerisek, gula, garam dan asam jawa.
7. Apabila kuah masak tutupkan api dan hidangkan.

** Sedap dicecah dengan roti, ketupat atau lemang.

AYAM MASAK MERAH ALA SARAWAK


Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam di potong 8
½ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
5 sudu kicap manis atau masin
Pes cili [ cili kering yang dikisar ]
1 bungkus kecil Rempah tumis[kayu manis, cengkeh, buah pelaga, bunga lawang ]
1 kiub ayam
Bawang besar [ dipotong bulat & digoreng hingga layu. ]
Sedikit air asamjawa

Bahan-bahan untuk dikisar

10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
4 batang serai

Cara-cara

1. Masukkan potongan ayam ke dalam mangkuk besar
2. Perapkan dengan sos cili, sos tomato, kicap dan semua bahan kisar selama ½ jam.
3. Tumiskan rempah tumis hingga naik bau dan masukkan pes cili, biar hingga terbit minyak.
4. Masukkan ayam yang telah diperap tadi.
5. Masak hingga ayam empuk.
6. Masukkan gula & garam secukup rasa dan asam jawa.
7. Hiaskan dengan bawang besar yang digoreng layu.

DAGING MASAK HITAM SRI REJANG


Bahan-Bahan:
500 gm daging [dipotong nipis]
4 s/b minyak masak 3 s/b kicap pekat [ cap unta ] jus asam jawa
Rempah tumis [ kayu manis, pelaga, bunga lawang & cengkih ]
Sehelai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa
Bahan A untuk dikisar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
3 sm lengkuas
3 tangkai serai
10 tangkai cili kering
Bahan B untuk dikisar
1 cawan kismis hitam atau buah prun
½ cawan bawang goreng

Untuk hiasan
Kacang peas [ di dalam tin ]


Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis, kemudian masukkan bahan kisar A hingga wangi.
2. Masukkan daging dan sedikit air. Biarkan sehingga empuk.
3. Bila empuk masukkan kicap dan bahan kisar B.
4. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak. Masukkan daun pandan [ disimpul ] air asam jawa dan sedikit garam & gula.
5. Biar seketika dan taburkan kacang peas, gaul rata dan hidangkan.

ASAM PEDAS TERONG ASAM SWAK KEPALA IKAN


Bahan-bahan

Kepala ikan [ jeni ikan ikut suka ] 1 biji terong asam sarawak [ dipotong baji ]
Bahan A
10 tangkai cili kering 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 sm halia 1 sm kunyit sedikit belacan
garam secukup rasa 2 tangkai daun kunyit 2 batang serai dititik minyak masak air secukupnya
Cara-cara

1. Kepala Ikan dibersihkan.
2. Terung asam di potong baji.
3. Kisar halus bahan A. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A hingga wangi dan terbit minyak.
4. Masukkan ikan, Serai, terung asam dan air. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
5. Tambahkan garam secukup rasa dan masukkan daun kunyit. Kacau dan renih hingga ikan cukup masak.

SAMBAL TAHAI

Bahan-bahan

½ kilo Ikan Tahai [Ikan tamban salai] - Dikupaskan kulit & ditumbuk
10 tangkai Cili kering ( dikisar menjadi pes )
5 biji Bawang merah ( dikisar )
3 ulas bawang putih ( dikisar )
2 labu Bawang Besar( di mayang halus )
Sedikit belacan
Asam jawa atau asam gelugor
Garam & gula secukup rasa.
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Tumiskan bawang yang dikisar serta bawang besar sehingga kekuningan
2. Masukkan pes cili dan biar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan air belacan dan asam jawa.
4. Akhir sekali masukkan ikan tahai yang ditumbuk tadi. Gaul rata.
5. Masukkan garam & gula secukup rasa.

** Sesuai untuk dimakan dengan lemang, ketupat pulut dan nasi lemak.