Bahan untuk nasi4 pot beras
Daun pandan ( sehelai )
Hirisan halia
Rempah tumis ( bunga lawang, kayu manis, buah pelaga & cengkih )
Kiub ayam Maggi ( 3 ketul )
Majerin ( 2 sudu )
Sedikit garam & tepung kunyit
Cara-cara1. Basuh beras dan toskan sehingga kering
2. Panaskan majerin dengan sedikit minyak masak
3. Tumiskan halia, serbuk kunyit dan daun pandan
4. Masukkan rempah tumis
5. Masukkan air
6. Hancurkan kiub ayam dan masukkan kedalam air tadi
7. Masukkan kedalam periuk nasi dan tanak sehingga masak
Bahan untuk ayamSeekor ayam di potong 8
Kicap pekat
Beberapa helai daun pandan
Sedikit halia & kunyit ( ditumbuk )
Minyak untuk mengoreng
Limau nipis atau lemon
Cara-cara1. Bersihkan ayam dengan perahan limau atau lemon
2. Kukus sehingga separuh masak
3. Setelah itu angkat dan perapkan ayam dengan kicap, halia dan kunyit
4. Balutkan ayam dengan daun pandan.
5. Setelah beberapa minit, goreng ayam sehingga agak garing.
Bahan untuk Sambal Cili3 ulas bawang putih ( di tumbuk )
2 cawan gula pasir
1 sudu cuka
Cili kering yang dikisar
Cara-cara1. Hanguskan gula di dalam kuali bersama bawang putih yang di tumbuk
2. Masukkan cili
3. Masukkan sedikit air
4. Biar sehingga kuah agak pekat
5. Akhir sekali masukkan sedikit garam dan cuka.
Bahan untuk SupAir
3 kiub ayam MAGGI
1 inci halia ( di titik )
1 batang serai ( di titik )
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Lada sulah
Cara-cara1. Masak air hingga menggelegak
2. Masukkan kiub ayam magi
3. Masukkan halia & serai
4. Apabila masak, masukkan daun sup, daun bawang dan taburan Bawang goreng.
5. Masukkan lada sulah
Cara menghidangHidangkan bersama daun salad, hirisan timun dan tomato.