Friday, November 14, 2008

Sup Telor Puyoh Bercendawan


Bahan-bahannya :

1 paket cendawan cina
4 biji telor ( dipukul rata )
4 Biji telor puyoh ( direbus terlebih dahulu )
1 batang lobak merah ( carrot ) di mayang halus
2 kiub ayam Maggi
Serbuk lada putih
Sedikit Tepung Jagung
sedikit kicap masin

Cara-cara :

1. Didihkan air di dalam periuk, apabila menggelegak masukkan telur yang telah dipukul perlahan-lahan; sambil menuang telor gaulkan air dengan senduk supaya telor tidak berkepal-kepal.


2. Masukkan lobak merah, kemudian cendawan butang & gaul rata.


3. Masukkan kiub ayam maggi, gaul dan masukkan sedikit kicap sebagai pewarna & perasa. ( 2-3 sudu kecil sahaja ).


4. Masukkan tepung jagung untuk memekatkan sup dan masukkan sedikit serbuk lada putih.


5. Reneh dengan api perlahan sehingga sup nampak pekat.


6. Semasa menghidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.


Tips penyediaan

1. Sesuai untuk makan nasi atau roti bakar semasa sarapan pagi.
2. Anda juga boleh memasukkan cendawan segar untuk rasa yang lebih enak.
3. Hidangkan panas-panas sebab apabila sejuk ia akan menjadi terlalu pekat.