Friday, November 28, 2008

Mee Bandung Muar

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)


Cara memasak:


1· Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2· Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3· Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4· Masukkan sos tiram
5· Masukkan udang, daging rebus
6· Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang

· Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
· Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
· Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
· Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
· Hidangkan.

Mee Bandung

Bahan-bahan

Mee / Meehoon
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang

Cara-cara


1· Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak.
2· Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air secukupnya.
3· Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala.
4· Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5· Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur
6· Untuk menghidangkan tabur daun ke dalam mangkuk berisi kuah bandung.
7. Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi.

Makoroni Goreng

Bahan-Bahan

500g makaroni (sudah direbus)
250g daging cincang
2 sudu besar gula madu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap cair
½ sudu kecil serbuk lada putih
1 biji bawang besar dihiris
minyak secukupnya
garam secukup rasa
2 sudu besar mentega
1 sudu besar bawang putih dikisar
½ sudu kecil serbuk buah pala
daun sup dan daun bawang secukupnya (hiris halus)
100g udang
100g lobak merah dihiris


Cara Cara

1. Perapkan daging cincang dengan kicap cair dan gula madu.
2· Panaskan sedikit minyak dan goreng daging. Masukkan sedikit mentega, serbuk lada putih, garam dan sos tomato. Gaul rata sebelum diangkat.
3· Panaskan minyak di kuali baru dan tumis bawang putih kisar. Kemudian masukkan bawang besar diikuti dengan udang dan makaroni.
4· Masukkan serbuk buah pala, serbuk lada putih dan sedikit mentega.
5· Akhir sekali masukkan lobak merah dan daun sup dan daun bawang.
6· Hidangkan makaroni dengan meletak daging cincang di atasnya.

Makaroni Bakar

Bahan-bahan

1 paket macaroni (dicelur dalam air panas sehingga kembang dan ditoskan)
1/2 kilo daging cincang
1 tin susu cair/ideal milk(besar)
1 tin air
4 bji telur (dipukul)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia (semua ditumbuk)
sedikit daun sup dan daun bawang
sedikit bawang goreng
3 sudu rempah daging minyak utk menumis

Cara Membuatnya

1. Tumis bawang dan rempah hingga kuning.
2. Masukkan daging cincang dan goreng sehingga sebati.
3. Masukkan makaroni dalam bekas pembakar dan tuangkan adunan daging. Gaul rata.

4. Masukkan susu, kacau rata.
5. Pecahkan telur dan pukul sedikit kemudian tuang atas macaroni. Ratakan (jgn dikacau)

6. Hias dengan daun sup dan bawang goreng.
7. Bakar dgn api yg sederhana.

Laksa Johor

Bahan-bahan

Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan
(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
15 ulas bawang merah }
5 ulas bawah putih }
3 inci Lengkuas } dikisar halus (A)
3 batang serai }
300 gm udang kering (dikisar) (B)
150 gm ikan kurau kering (dibakar dan di kisar) (C)
kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara
1. Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
2. Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
3. Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
4. Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap

Untuk Ulam
Taugeh
Daun kesom & Daun selasih
lobak asin
sambal belacan
timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus -
(bukan seperti buat laksa asam)
Limau kasturi

Kway Teow Mikro

Bahan-Bahan

1 paket kway teow
250g isi ayam
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 batang cili dihiris
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak
½ batang lobak merah dihiris panjang
1 batang cili merah dihiris sebagai hiasan

Cara Cara

1. Letakkan minyak di bekas khas dan letakkan juga bawang putih dan isi ayam.

2. Gaul hingga rata lalu masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 6-9 minit pada suhu sederhana panas.


3. Selepas itu, masukkan kway teow, sos tiram, kicap cair, garam, kicap manis, lada putih dan hitam dan lobak.

4. Gaul lagi sehingga semuanya rata.


5. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 90-120 saat pada suhu sederhana panas.

Wednesday, November 26, 2008

Ayam Kuzi

gambar dipetik dari baby batriesyia.com
Bahan-bahan:

2 cawan minyak masak
1 ekor ayam (dipotong 16)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan minyak masak
4 biji tomato merah (potong empat)
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan kismis kuning
1/2 cawan badam keping
2 cawan hirisan kentang
100g kerisik
Gula & garam secukup rasa
Kiub ayam Maggi untuk menambah perisa.


Bahan kisar:

5 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
4 sentimeter halia
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu besar rempah kurma
untuk hiasan ( cili merah, daun bawang & daun sup )

Cara memasak:

1. Goreng ayam yang telah diperap dengan serbuk kunyit. Setelah separuh garing, ketepikan.

2. Panaskan setengah cawan minyak masak dan masukkan bahan2 yg telah dikisar. Masak hingga terbit minyak.

3. Kemudian, masukkan tomato, sos tomato, susu cair, kismis kuning, badam keping, kiub ayam, gula dan garam. Biarkan ia masak sehingga sedikit kering.

4. Akhir sekali, masukkan ayam yang sudah digoreng dan gaul rata, masukkan kerisik, gaul lagi hingga kuah agak pekat.

5. Hiaskan dengan cili merah, daun sup dan daun bawang.

Friday, November 14, 2008

Sup Telor Puyoh Bercendawan


Bahan-bahannya :

1 paket cendawan cina
4 biji telor ( dipukul rata )
4 Biji telor puyoh ( direbus terlebih dahulu )
1 batang lobak merah ( carrot ) di mayang halus
2 kiub ayam Maggi
Serbuk lada putih
Sedikit Tepung Jagung
sedikit kicap masin

Cara-cara :

1. Didihkan air di dalam periuk, apabila menggelegak masukkan telur yang telah dipukul perlahan-lahan; sambil menuang telor gaulkan air dengan senduk supaya telor tidak berkepal-kepal.


2. Masukkan lobak merah, kemudian cendawan butang & gaul rata.


3. Masukkan kiub ayam maggi, gaul dan masukkan sedikit kicap sebagai pewarna & perasa. ( 2-3 sudu kecil sahaja ).


4. Masukkan tepung jagung untuk memekatkan sup dan masukkan sedikit serbuk lada putih.


5. Reneh dengan api perlahan sehingga sup nampak pekat.


6. Semasa menghidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.


Tips penyediaan

1. Sesuai untuk makan nasi atau roti bakar semasa sarapan pagi.
2. Anda juga boleh memasukkan cendawan segar untuk rasa yang lebih enak.
3. Hidangkan panas-panas sebab apabila sejuk ia akan menjadi terlalu pekat.

Monday, November 10, 2008

Sambal Goreng Ayam


Bahan-bahannya :


1 ekor ayam ( dipotong kecil )
8 ulas bawang merah ( dimayang )
5 ulas bawang putih ( dimayang )
2 biji bawang besar dipotong bulat
2 batang serai ( dititik )
2 inci halia ( dititik )
Cili kering ( dikisar )
3 sudu serbuk kari
2 sudu cuka
4 biji tomato
gula & garam secukup rasa
1 kiub ayam Maggi
1 -2 sudu kerisik
10 helai daun kari
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara


1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai & halia
3. Apabila layu, masukkan cili yang dikisar dan rempah kari
4. Apabila terbit minyak, masukkan ayam dan masak hingga empuk.
5. Masukkan cuka, kerisik, gula dan garam serta kiub maggi.
6. Akhir sekali masukkan tomato, daun kari dan bawang besar yang dipotong bulat.
7. Hidangkan.

Tips :

Boleh juga digantikan dengan hati & mempedal ayam

Thursday, November 6, 2008

Udang Mentega Daun Kari


Bahan-bahannya :

1 Kilo udang
( taburkan tepung kunyit & sedikit garam dan perap dalam 15-20 minit )

1 tin Susu Ideal
2 biji telor
2 tangkai daun kari
2 sudu makan mentega
1 sudu makam minyak masak
1 kiub ikan bilis atau ayam
Sedikit garam
Cili merah atau hijau ( dihiris )


Cara-cara :

1. Masukkan sedikit minyak, dan gorengkan udang sehingga separuh masak. Kemudian ketepikan.
2. Campurkan 1 tin susu ideal dan 2 biji telor dan gaul rata.
3. Masukkan satu sudu minyak kedalam kuali, apabila panas, masukkan 2 sudu mentega.
4. Apabila mentega cair, masukkan adunan susu tadi dan goreng hingga kuah pekat dan bergentel.
5. Masukkan udang dan gaul lagi hingga bersalut dengat udang.
6. Taburkan kiub ayam maggi ke dalam kuah tadi. Sekiranya kurang masin anda boleh masukkan sedikit garam.
7. Masukkan daun kari dan hirisan cili, gaul sampai layu.
8. Angkat dan hidangkan.


Tips

Sepanjang memasak adunan susu, gunakan api perlahan supaya tidak hangus.

Ikan Bawal Tiga Rasa




Bahan-bahannya :

1 ekor Ikan Bawal atau Kerapu atau Merah
( taburkan tepung kunyit & sedikit garam dan perap dalam 15-20 minit )

Cili kering ( di kisar )
Halia ( Di mayang halus )
Bawang merah & putih ( di kisar )
Bawang besar ( dipotong bulat )
Serai 2 batang ( dititik )
Sos Tomato
Kicap Masin
Asam Jawa
Rempah Kari Ikan
Minyak masak
Belacan
Sedikit gula
Lemon ( Di hiris nipis )

Cara-cara :

1. Gorengkan ikan sehingga masak dan masukkan ke dalam pinggan.
2. Tumiskan , halia, bawang merah & putih hingga harum.
3. Masukkan cili yang dikisar & sesudu rempah kari dan tumis hingga terbit minyak.
4. Masukkan serai, sos tomato, sedikit kicap dan air belacan.
5. Masukkan air asam jawa dan gula secukup rasa.
6. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan gaul sehingga sedikit layu.
7. Apabila kuah masak, tuangkan di atas ikan yang di goreng tadi.


Tips menghidang

1. Alaskan daun pisang di dalam pinggan untuk meletakkan ikan yang telah digoreng..
2. Hiaskan dengan hirisan lemon, dan taburan daun sup.

Tuesday, November 4, 2008

Sweet-sour Ketam



Bahan-bahan

4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan]
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar sos cili
6 sudu besar sos tomato
1 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu]
2 biji tomato [dibelah]
1 biji telur [pukul sikit]
1 pokok daun bawang [mayang 1 inci]


Bahan hiris

2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar


Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendidih.

3. Masukkan garam dan gula sedikit.

4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendidih.
5. Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata.
6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat.
7. Masukkan dalam pinggan besar..

Masak Lemak Siput Sedut



Bahan-bahan

Bahan A

1 kg siput sedut [potong belakangnya. basuh dan toskan]
2 cawan santan cair [2 santan pekat ]

1 biji kelapa
1 biji ubi keladi [potong kecil dan rebus...dan toskan]
1 helai daun kunyit [koyakkan]

Bahan Mesin

20 tangkai cili api (ikut pedas)
3 ulas bawang kecil
garam
serbuk kunyit

Cara Memasak

1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan didehkan perlahan-laha sehingga mendidih.

2. Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih sekali lagi.

3. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Sambal Sotong


Bahan-bahan


1 kg sotong
1 labu bawang besar [mayang/hiriskan]
1/2 cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
garam
gula
minyak

Bahan kisar

20 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata.
3. Masukkan gula dan garam, dan masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
4. Masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata.
5. Biarkan sebentar supaya sotong masak dan bawang agak layu. Tutup api.
6. Hidangkan dengan nasi biasa atau nasi lemak.