Friday, October 31, 2008

Ayam Kerisik


Bahan-bahannya :

1 Ekor ayam di potong 14
Tepung kunyit
Garam
8 biji bawang merah,
5 ulas bawang putih,
2 biji bawang besar & 2 inci halia
( semua dikisar - Bahan A )

2 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan serbuk cili ( ikut selera pedas masing-masing )
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 batang serai
1 paket kerisik
1 kiub Ayam Maggi
2 tangkai daun kari
1 paket santan segera
1 sudu gula apong / melaka
Sedikit garam


Cara-cara

1. Taburkan kunyit & garam pada potongan ayam dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.

2. Tumiskan Bahan A hingga naik bau. Masukkan serai.

3. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili dan goreng hingga terbit minyak.

4. Masukkan sos tomato, sos tiram, gula apong & kiub Ayam Maggi.

5. Apabila kuah mendidih, masukkan ayam yang telah di goreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan kerisik dan taburkan daun kari. Gaul rata.

6. Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga kuah agak pekat.

7. Masukkan garam secukup rasa.


Tips

§ Hiaskan dengan hirisan tomato & Cili Hijau.

§ Boleh dimakan dengan ketupat, lemang atau pulut kuning.

Badak Berendam Berjagung


Bahan-bahan:


1/2 paket tepung pulut
1/2 biji kelapa parut ( untuk inti )
3 cawan santan
1 cawan air
8 helai daun pandan (di kisar & di perah patinya)
Gula apong @ melaka
Sedikit gula pasir
Sedikit garam
Sedikit jagung untuk hiasan

Cara-cara


1) Gaulkan Kelapa parut dengan gula apong @ melaka kemudain masak hingga sebati. Ketepikan.
2) Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang lembut.
3) Bentukkan doh bulat-­bulat dan isikan inti ke dalamnya.
4) Bancuhkan santan dengan gula dan sedikit garam.
5) Letakkan doh berinti di dalam loyang /bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.
6) Kemudian kukus hingga masak.
7) Apabila santan sudak masak, angkat dan sejukkan.
8) Apabila menghidang, letak kan inti di atas doh & taburkan sedikit jagung.

Telor Empak


Bahan-bahan


1/2 kilo keledek merah ( sweet potato )
1 kilo kelapa parut ( diperah menjadi santan pekat )
2 biji telur
Tepung gandum
Daun pandan
Gula secukup rasa
1 sudu teh garam

Cara-cara


1. Rebuskan keledek hingga masak , angkat & kupaskan kulit
2. Lenyekkan dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
3. Gentel doh hingga menjadi bentuk telur, masukkan ke dalam loyang
4. Perahkan kelapa hingga menjadi pati santan; masukkan telor dan gula secukup rasa. Gaul rata dan masukkan sedikit garam
5. Masukkan loyang ke dalam periuk kukus. Masukkan adunan santan dan masukkan helaian daun pandan
6. Kukus sehingga kuah agak pekat . Angkat dan hidangkan.

komen jefbuj
Resepi ini adalah resepi warisan keluarga saya. Manisan atau dessert ini disediakan khusus semasa bulan Ramadhan. Rasanya sungguh lemak berkrim. Ia lebih sedap apabila dimasukkan kedalam peti sejuk sebelum dimakan.

Kuih Bongkol & Ikan Terubok Paling Polular Di Bazaar Ramadhan

Di Sarawak, Kuih Bongkol merupakan kuih yang paling popular dijual di setiap Bazaar Ramadhan. Kuih asli masyarakat Melayu Sarawak ini telah terkenal sejak dahulu kala lagi dan merupakan kuih wajib dibeli setiap Ramadhan menjelang. Resepi Kuih bongkol amat mudah, iaitu tepung beras, santan dan gula apong ( gula melaka ) di adun , kemudian dimasukkan ke dalam daun pisang dan dikukus! Ianya lembut & manis dan sungguh enak. Kuih Bongkol ada 3 jenis; iaitu Kuih Bongkol perasa gula apong ( gula melaka ), perasa gula pasir dan berperisa pandan! Kesemuanya sungguh enak; bergantung kepada selera masing-masing. Kalau dulu-dulu ia dijual semurah 20 sebiji, tetapi sekarang mencecah 60 sen ke seringgit sebiji.

Sementara itu, Ikan Terubok Panggang juga merupakan lauk yang istimewa yang mesti dibeli semasa berkunjung ke Bazaar Ramadhan. Kita tahu, Ikan Terubuk merupakan juadah popular & istimewa di Sarawak! Ia senang didapati terutama di Pasar Tamu Satok. Ia dijual dengan harga antara RM15 hingga RM35 seekor di Bazaar Ramadan. Walaupun harganya naik mendadak antara RM5 hingga RM7 berbanding tahun lalu namun ia tetap laris.


Bagi pelawat dari semenanjung, tidak sah kalau tidak membawa balik Ikan Terubok Sarawak. Ianya sungguh sedap, lagi-lagi kalau dicecah dengan sambal kicap bercampur cili padi dan asam limau! Peehhhhh sedap gua cakap lu!!!
Kalau ke Bazaar Ramadhan jangan lupa beli ye!!!!!!!!! gambar dipetik dari Berta Harian.

Bubur Pedas Sarawak

Bahan-Bahan:

1 bungkus rempah bubur pedas( agak sukar didapati di Semenanjung & Sabah)
1 biji keledek (saiz sederhana)
250 gram udang (boleh digantikan daging atau ayam)
3 batang kacang panjang
1 biji terung panjangsegenggam udang kering2 batang seraisedikit suun.
3-4 batang jagung muda
sedikit daun cekur manis
ubi kentang & karot dipotong dadu
2 batang tahu kering
Sedikit cendawan cina ( hitam )
2 helai daun kunyit
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2-3 biji cili merah1 cm belacan
Santan

Cara:

Tumis bawang merah,bawang putih,belacan,udang kering dan cili yang telah ditumbuk halus. Setelah naik bau,masukkan serai,rempah bubur pedas dan air,masak hingga mendidih. Masukkan udang dan kesemua sayur-sayuran . Masukkan santan, akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.Masak sehingga agak pekat sedikit barulah dihidangkan.


Bubur Pedas adalah masakan yang paling popular di Sarawak terutama di Bulan Ramadhan. Di Bazaar Ramadhan, anda boleh lihat Bubur Pedas diletakkan di dalam kawah besar. Biasanya ia di jual sebungkus dengan harga RM 3.00 ke atas.
Bubur pedas menggunakan lebih kurang 10 jenis kerabu dan sayur-sayuran. Rasanya lemak-lemak pedas dan sungguh sedap.


Bagi tempat anda yang tidak ada menjual bumbu bubur pedas, anda boleh buat sendiri!
Cara-caranya mudah sahaja, bahannya cuma lengkuas, kelapa parut, biji ketumbar, dan beras. Gorengkan bahan-bahan itu hingga warna keemasan, selepas itu tumbuk hingga lumat. Siaplah bumbu atau perencah bubur pedas!

Sambal Ikan Tahai


Bahan-bahannya


1/2 kilo Ikan Tahai Salai ( Ikan Tamban )
1 cawan cili kering ( dikisar halus )
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit gula & garam
3 keping biji Asam Gelugor/keping
Sedikit air belacan
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :
Kupaskan kulit Ikan Tahai dan tumbuk separuh halus.
Tumiskan bawang merah & bawang putih yang dikisar hingga garing.
Masukkan cili yang dikisar dan biar sampai terbit minyak.
Masukkan Asam keping, air belacan, gula & garam dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan ikan yang ditumbuk tadi dan masak hingga sambalnya melekit.

Tips :
Sesuai untuk dimakan dengan ketupat, kelupis,lemang dan roti.
Ia juga sedap untuk dimakan dengan nasi lemak.
Ia juga boleh dimakan begitu saja tanpa dimasak kerana ia telah disalai.

Komen jefbuj:
Saya telah bekerja selama 3 tahun di Limbang, Sarawak iaitu sebagai Pengurus Purnama Hotel Limbang. Di hari pertama saya di sana, saya telah diperkenalkan dengan Ikan Salai Tahai. ( Sila rujuk pada gambar ). Limbang & Lawas memang terkenal dengan Ikan Tahai. Ia tidak terdapat di daerah lain di Sarawak. Harga Ikan Tahai mengikut musim. Apabila musim Tahai, ia di jual dengan harga RM7 - RM8 sekilo. Akan tetapi apabila bukan musim ia dijual hingga mencecah RM28 sekilo. Kelebihan Ikan Tahai ialah, ia boleh disimpan berbulan-bulan lebih-lebih lagi apabila di simpan di dalam peti sejuk. Apabila anda pergi kenduri di Limbang, memang tidak sah kalau tuan rumah tidak menghidangkan sambal Tahai yang telah menjadi begitu sinonim dengan Daerah Limbang. Jadi, kalau anda berkunjung ke Limbang atau Lawas jangan lupa membeli Ikan Salai Tahai! TEngok masakan saya di atas... nampak sedap kan? Kalau makan, lagi terangkat!!!

Sup Telur Berketam



Bahan-bahannya :

1 paket isi ketam

2 biji telor ( dipukul rata )

2 kiub ayam maggi

Sedikit tepung jagung

Serbuk lada putih

sedikit kicap masin


Cara-cara :

1. Didihkan air di dalam periuk, apabila menggelegak masukkan telur yang telah dipukul perlahan-lahan; sambil menuang telor gaulkan air dengan senduk supaya telor tidak berkepal-kepal.

2. Masukkan isi ketam & gaul rata.

3. Masukkan kiub ayam maggi, gaul dan masukkan sedikit kicap sebagai pewarna & perasa. ( 2-3 sudu kecil sahaja ).

4. Masukkan tepong jagung untuk memekatkan sup dan masukkan sedikit serbuk lada putih.

5. Reneh dengan api perlahan sehingga sup nampak pekat.

6. Semasa menghidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.


Tips penyediaan

1. Sesuai untuk makan nasi atau roti bakar semasa sarapan pagi.

2. Anda juga boleh memasukkan cendawan butang dalam tin atau cendawan segar untuk rasa yang lebih enak.

3. Hidangkan panas-panas sebab apabila sejuk ia akan menjadi terlalu pekat.

Sambal Udang Berudang


Bahan-bahannya :

1 kilo Udang ( Di buang kulit, tinggalkan kepala & ekor )

( taburkan tepung kunyit & sedikit garam dan perap dalam 15-20 minit )

Cili kering ( di kisar )

Udang kering ( di tumbuk )

Halia ( Di kisar )

8 biji Bawang merah & 5 ulas bawang putih ( di kisar )

Bawang besar ( dipotong bulat )

Serai 2 batang ( dititik )

Asam Jawa

Minyak masak

Air Belacan

Kiub Maggi ikan bilis

Santan

Sedikit gula & garam


Cara-cara :

1. Gorengkan udang sehingga setengah masak dan masukkan ke dalam pinggan.

2. Tumiskan serai, halia, bawang merah & putih hingga harum.

3. Masukkan cili yang dikisar & tumis hingga terbit minyak. Masukkan udang kering dan biar seketika.

4. Masukkan Kiub ikan bilis dan air belacan.

5. Masukkan santan.

6. Masukkan air asam jawa dan gula & garam secukup rasa.

7. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan gaul sehingga sedikit layu.

8. Apabila kuah masak, masukkan semula udang yang di goreng tadi dan biar hingga masak.


Tips menghidang

1. Alaskan daun pisang di dalam pinggan untuk meletakkan udang yang telah digoreng.

2. Hiaskan dengan cili hijau dan taburan daun sup.

Ayam Marsala


Bahan-bahannya :

1 ekor Ayam di potong 14


BAHAN A

Cili Merah, BawangMerah, Bawang Putih & Halia ( di kisar )

¼ cawan Susu Ideal, Garam, Gula, 3 sudu Sos Tomato, & perahan sebiji limau nipis.Gaul rata semua Bahan A untuk memerap Ayam. Perap selama 20 ke 30 minit.


BAHAN B

Rempah Tumis ( Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, cengkeh )

Air Rempah ( Sedikit serbuk Ketumbar, Jintan Manis, Jintan Putih, Kunyit dan gaul dalam ½ gelas air )

3 Kiub Ayam Maggi

2 sudu pes cili kering

2 sudu serbuk lada hitam

3 biji Bawang Besar di belah 4

Minyak untuk menumis

2 keping Asam Keping ( Asam Gelugor )

1 Tin Susu Ideal


Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan gorengkan Bawang Besar dan angkat & ketepikan.

2. Tumiskan pes cilikering hingga garing dan masukkan Rempah Tumis.

3. Masukkan air rempah dan tumis sampai naik bau kemudian masukkan serbuk lada hitam.

4. Masukkan ayam yang telah diperap tadi dan masak hingga empuk.

5. Masukkan lebihan Susu Ideal dan Asam Keping. Masukkan kiub ayam Maggi. Tambahkan gula & garam secukup rasa.

6. Masukkan Bawang Besar yang di goreng tadi.

7. Setelah masak, angkat & hidangkan.


Tips menghidang

1. Hiaskan dengan cili merah berbentuk bunga dan taburan bawang goreng dan daun sup.

2. Sesuai dimakan dengan nasi putih, ketupat atau roti.

Rendang Ikan Tenggiri


Bahan-bahannya :

1 ekor Ikan Tenggiri( taburkan tepung kunyit & sedikit garam dan perap dalam 15-20 minit )


Bahan A : Halia, Lengkuas, Serai, Bawang Merah & Bwg. Putih ( di kisar )

Bahan B : Cili kering ( di kisar ),Sekotak @ Sepaket santan segera ( Santan segar lebih baik )Asam Keping,Kerisik, Serbuk kunyit, Minyak masak, Sedikit garam & gula, Daun kunyit


Cara-cara :

1. Gorengkan ikan sehingga masak dan angkat.

2. Tumiskan semua Bahan A yang dikisar hingga harum.

3. Masukkan Bahan B yang dikisar dan tumis hingga terbit minyak.

4. Masukkan Serbuk Kunyit & Asam Keping.

5. Masukan Ikan yang telah digoreng tadi.

6. Masukkan Santan, biar sebati dan masukkan Kerisik untuk memekatkannya.

7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

8. Daun Kunyit di mayang halus dan masukkan ke dalam kuah.

9. Biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.


Tips menghidang

1. Alaskan daun pisang di dalam pinggan untuk menghidangkannya.

2. Hiaskan dengan hirisan lemon, dan taburan daun sup.

Ayam Goreng Kunyit


Bahan A
Ayam ( ambil bahagian isi sahaja )
Serbuk kunyit
Tepung jagung
Garam
Perasa Ayam Maggi
Serbuk Lada hitam

Bahan B
2 batang serai (dititik)
2 labu bawang besar ( dipotong bulat)
4 ulas bawang putih (dititik)
Cili padi ( buang tangkai sahaja )
Hiasan
Daun sup ( di cincang )

Cara-cara
1. Perap kan bahan-bahan A selama 1/2 jam
2. Goreng separuh masak
3. Angkat dan letak ke tepi
4. Guna kan sedikit minyak dari gorengan bahan A, masukkan bahan-bahan B
5. Goreng hingga layu, lepas itu masukkan semula ayam yg telah digoreng
6. Goreng hingga kuning & ranggup.
7. Angkat & taburkan hirisan daun sup.