Friday, April 9, 2010

PENGAMBARAN MENU CHEF NAJIB DI MAJALAH SAJI

Baru-baru ini, saya telah dijemput oleh Majalah Saji dari KL untuk memasak beberapa masakan tradisi Sarawak untuk dimuatkan ke dalam Majalah Saji edisi Jun 2010. Pengambaran telah dijalankan dari 6 - 10 April dibeberapa buah lokasi.
Untuk projek ini, saya telah menyediakan menu-menu khas dari Sarawak untuk peminat Majalah Saji dan sudah tentu pembaca setia blog saya.
Bagi mendapatkan bahan2 masakan saya, bukan senang. Saya terpaksa memesan bahan2 dari jauh untuk memasak menu pilihan saya seperti Ikan Tahai dari Limbang, Ikan Lumek dari Sibu, Beras Bario dari Ba'kalalan, Belacan dari Bintulu, Sesar unjur dari Belawai, Terong Asam dari Sri Aman dan selebihnya dibeli di Kuching sahaja.

Untuk melihat semua menu2 ini [ dengan gambar yg lebih menarik ] sila beli Majalah Saji keluaran Jun akan datang! Selamat mencuba resepi2 saya!

Terima kasih kepada Rosmarlinda, wartawan eksekutif dari Majalah Saji, Jaffri [ Juru Kamera Saji ] dan Norashikin dari Majalah Mangga.... ' You all are great team! '

SUP NENAS SARIKEI

Bahan-bahan

Setengah biji Nenas ( dikupas dan di potong kecil atau diracik )
1 ½ jug air
2 biji Cili merah [ di potong ]
Belacan [ 1 inci ]
Udang [ ikut suka berapa banyak ] – dikupas kulit , biarkan bahagian ekor
Gula
Bahan perasa atau kiub bilis
Garam
Serbuk lada sulah

Cara-cara

1. Tuangkan air ke dalam periok dan didihkan
2. Apabila mendidih,masukkan potongan nenas dan biar hingga empuk
3. Masukkan cili dan belacan yang telah dihancurkan, kemudian masukkan udang.
4. Gaul rata. Masukkan kira-kira 3 sudu gula [boleh dikurangkan kalau tidak mahu terlalu manis ].
5. Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk lada sulah.

MANISAN MENTIMUN


Bahan-bahan

2 biji mentimun
Gula ( dilarutkan menjadi air gula bersama daun pandan )
Beberapa ketul kiub ais batu

Cara-cara

1. Parutkan mentimun dan masukkan ke dalam mangkuk
2. Masukkan air gula bersama ketulan ais. Tambah sedikit air.
3. Hidangkan.

TAUHU SUMBAT SOS KICAP BERKACANG


Bahan-bahan

6 keping tauhu segar
Sebatang lobak merah [ di potong memanjang ]
Sebiji timun [ ” ]
Sebiji sengkuang [ ” ]

Untuk sos


2 sudu kacang tanah goreng
Sebiji cili [ boleh digunakan cili padi kalau mahu lebih pedas ]
Seulas bawang putih
2 sudu gula
3 sudu kicap manis
2 biji limau kasturi

Cara-cara


1. Gorengkan tauhu hingga kekuningan
2. Potong serong kepada 2 bahagian [ bentuk segi tiga ]
3. Potong di bahagian tengah dan sumbatkan lobak merah, timun & sengkuang yang telah di mayang.
4. Ketepikan.

Cara membuat sos


1. Tumbukkan bawang putih, cili, gula sehingga lumat.
2. Kemudian masukkan kacang dan tumbuk hingga sebati [ jangan terlalu hancur ]
3. Tuangkan kicap dan akhir sekali perahkan limau kasturi.

Cara hidangan

Tuangkan sos kacang kedalam tauhu sumbat apabila menghidang.

SALAI LUMEK BERLADA

Bahan-bahan

10 ekor Ikan Lumek Salai
5 biji bawang merah [ dikisar ]
1 labu bawang besar [ di mayang halus ]
10 tangkai cili kering [ dikisar menjadi pes ]
1 sm halia, 1 sm lengkuas, 1 batang serai [ dikisar ]
Sedikit asam jawa
5 sudu santan segera
2 sm belacan
Gula & garam secukup rasa

Cara-cara

1. Potong ikan lumek salai menjadi kepingan
2. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan bahan kisar hingga layu.
4. Masukkan pes cili.
5. Apabila terbit minyak, masukkan air asam jawa, belacan,santan, gula & garam.
6. Apabila sebati, masukkan ikan lumek dan bawang besar yang dipotong bulat.
7. Goreng seketika dan angkat.

NASI GORENG DABAI



Bahan-bahannya

1 mangkuk besar nasi
2 sudu pes jeruk dabai
Sedikit isi bahagian dada ayam
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 biji cili merah
kiub ayam

Cara-cara.

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih bersama cili yang ditumbuk.
2. Masukkan isi ayam dan goreng hingga agak masak
3. Masukkan pes dabai, biar seketika. Masukkan air belacan & kiub ayam
4. Masukkan nasi dan goreng hingga sebati.

NASI BARIO 1 BORNEO

Bahan-bahan :

1 mangkuk nasi [ beras bario ]
Sebiji telur goreng mata lembu
10 ekor sesar unjur [ udang salai ]
Sedikit kacang goreng
2 keping terubok masin goreng
Sambal tahai

Cara menyediakannya :

1. Sediakan pinggan berbentuk segi empat
2. Masukkan nasi ke dalam bekas segi empat
3. Tekapkan di dalam pinggan beralaskan daun pisang.
4. Letakkan telor di atas nasi
5. Letakkan ikan masin [ alaskan dgn daun limau purut ] , kacang, sesar unjur [ susunan ikut kesukaan ]
6. Untuk sambal tahai [ daun pandan dibentuk menjadi bulat . Masukkan sambal tahai kedalamnya. ]
7. Akhir sekali taburkan dengan bawang goreng.


Tips :

Untuk memasak beras bario, kurang kan sukatan air dari beras. [cth : 4 cawan
Beras dangan 3 cawan air ]

MASAK LEMAK TERUBOK MASIN


Bahan-bahan

1 ekor ikan terubok masin
2 biji cili merah
10 biji cili api 2 batang serai [ Di titik ]5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih2 keping asam gelugur1 paket santan serbuk
Sedikit belacan

Cara membuatnya:
1. Ikan terubok di potong 3
2. Tumbukkan cili api, cili merah , bawang merah & bawang putih sehingga lumat.
3. Masukkan ikan dan bahan yang sudah ditumbuk ke dalam periuk bersama-sama air belacan, serai dan santan.
4. Masak hingga mendidih.
5. Kemudian masukkan asam gelugur, kacau hingga rata.

KARI SESAR UNJUR [ UDANG SALAI ]


Bahan-bahan

1 cawan sesar unjur [ udang salai sarawak ] direndam seketika
½ cawan rempah kari ikan
2 sudu kerisek
2 biji keledek manis [ sweet potatoes ]
1 tangkai daun kari
1 bungkus kecil Rempas tumis [kayu manis, cengkeh, buah pelaga, bunga lawang ]
2 cawan santan segar atau 1 kotak kecil santan segera
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk kunyit
Air asam jawa

Untuk dikisar [ bahan A ]

10 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
Cara-cara

1. Tumiskan bahan A bersama rempah tumis & daun kari hingga naik bau
2. Masukkan serbuk cili & kunyit
3. Masukkan kari yang telah dibancuh dengan sedikit air
4 Kemudian masukkan sesar unjur & keledek manis dan gaul rata.
5. Apabila sebati tuangkan santan dan biar hingga mendidih.
6. Masukkan kerisek, gula, garam dan asam jawa.
7. Apabila kuah masak tutupkan api dan hidangkan.

** Sedap dicecah dengan roti, ketupat atau lemang.

AYAM MASAK MERAH ALA SARAWAK


Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam di potong 8
½ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
5 sudu kicap manis atau masin
Pes cili [ cili kering yang dikisar ]
1 bungkus kecil Rempah tumis[kayu manis, cengkeh, buah pelaga, bunga lawang ]
1 kiub ayam
Bawang besar [ dipotong bulat & digoreng hingga layu. ]
Sedikit air asamjawa

Bahan-bahan untuk dikisar

10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
4 batang serai

Cara-cara

1. Masukkan potongan ayam ke dalam mangkuk besar
2. Perapkan dengan sos cili, sos tomato, kicap dan semua bahan kisar selama ½ jam.
3. Tumiskan rempah tumis hingga naik bau dan masukkan pes cili, biar hingga terbit minyak.
4. Masukkan ayam yang telah diperap tadi.
5. Masak hingga ayam empuk.
6. Masukkan gula & garam secukup rasa dan asam jawa.
7. Hiaskan dengan bawang besar yang digoreng layu.

DAGING MASAK HITAM SRI REJANG


Bahan-Bahan:
500 gm daging [dipotong nipis]
4 s/b minyak masak 3 s/b kicap pekat [ cap unta ] jus asam jawa
Rempah tumis [ kayu manis, pelaga, bunga lawang & cengkih ]
Sehelai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa
Bahan A untuk dikisar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
3 sm lengkuas
3 tangkai serai
10 tangkai cili kering
Bahan B untuk dikisar
1 cawan kismis hitam atau buah prun
½ cawan bawang goreng

Untuk hiasan
Kacang peas [ di dalam tin ]


Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis, kemudian masukkan bahan kisar A hingga wangi.
2. Masukkan daging dan sedikit air. Biarkan sehingga empuk.
3. Bila empuk masukkan kicap dan bahan kisar B.
4. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak. Masukkan daun pandan [ disimpul ] air asam jawa dan sedikit garam & gula.
5. Biar seketika dan taburkan kacang peas, gaul rata dan hidangkan.

ASAM PEDAS TERONG ASAM SWAK KEPALA IKAN


Bahan-bahan

Kepala ikan [ jeni ikan ikut suka ] 1 biji terong asam sarawak [ dipotong baji ]
Bahan A
10 tangkai cili kering 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 sm halia 1 sm kunyit sedikit belacan
garam secukup rasa 2 tangkai daun kunyit 2 batang serai dititik minyak masak air secukupnya
Cara-cara

1. Kepala Ikan dibersihkan.
2. Terung asam di potong baji.
3. Kisar halus bahan A. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A hingga wangi dan terbit minyak.
4. Masukkan ikan, Serai, terung asam dan air. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
5. Tambahkan garam secukup rasa dan masukkan daun kunyit. Kacau dan renih hingga ikan cukup masak.

SAMBAL TAHAI

Bahan-bahan

½ kilo Ikan Tahai [Ikan tamban salai] - Dikupaskan kulit & ditumbuk
10 tangkai Cili kering ( dikisar menjadi pes )
5 biji Bawang merah ( dikisar )
3 ulas bawang putih ( dikisar )
2 labu Bawang Besar( di mayang halus )
Sedikit belacan
Asam jawa atau asam gelugor
Garam & gula secukup rasa.
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Tumiskan bawang yang dikisar serta bawang besar sehingga kekuningan
2. Masukkan pes cili dan biar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan air belacan dan asam jawa.
4. Akhir sekali masukkan ikan tahai yang ditumbuk tadi. Gaul rata.
5. Masukkan garam & gula secukup rasa.

** Sesuai untuk dimakan dengan lemang, ketupat pulut dan nasi lemak.

Monday, October 5, 2009

DAGING DENDENG


Bahan-bahannya :

1 kilo daging
10 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
3 inci halia
Cili kering ( diblend )
Sos cili & sos tomato
Kicap
Kerisik
Gula melaka [ gula apong ]
Gula pasir
Asam jawa
Minyak Masak

Cara-cara

1. Rebuskan daging. Kemudian potong kecil ( 1-2 inci ). Tumbukkan daging hingga menjadi nipis. Masukkan kicap hingga rata. Panaskan minyak dan gorengkan daging sehingga agak garing. Ketepikan. Simpankan air rebusan daging.
2. Kisarkan ( blend ) bawang merah, bawang putih & halia. Blendkan cili kering berasingan.
3. Tumiskan bahan kisar ( bawang & halia ) hingga garing.
4. Masukkan cili yang dikisar dan tumis hingga terbit minyak.
5. Masukkan 2 sudu sos cili dan 2 sudu sos tomato dan sedikit air rebusan daging tadi.
6. Masukkan sedikit gula melaka, gula pasir dan air asam jawa.
7. Apabila kuah mendidih, masukkan 2 sudu kerisik dan garam secukup rasa dan biar kuah agak pekat.
8. Akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng tadi dan goreng bersama kuah hingga kering dan pekat.
9. Apabila daging telah bersalut dengan kuah, angkat dan hidangkan.

Tips

Sesuai dimakan dengan nasi, ketupat, lemang, kelupis atau nasi pulut.
Masakan ini tahan disimpan lama walaupun tidak dimasukkan kedalam peti sejuk. Tetapi untuk tahan lebih lama masukkan kedalam peti sejuk.

Wednesday, July 1, 2009

KEK MILO

Bahan-bahan

1 kilo MILO
1 tin kecil susu pekat Cap Junjung
8 oz butter
10 biji telur

Cara membuatnya

  1. Pukul butter sampai kembang
  2. Kemudian masukkan telor satu persatu dan pukul sehingga kembang
  3. Lepas itu masukkan Milo dan gaul rata
  4. Masukkan ke dalam acuan dan kukus selama 4 jam

Thursday, January 8, 2009

Ayam Percik


Bahan-bahan

1 ekor ayam [belah 4]
2 cawan santan [1 biji kelapa]
1 batang serai [ketuk]
3 keping asam keping
garam
Bahan Mesin
1 s/b lada hitam
5 tangkai ciliapi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
3 batang serai

Cara Memasak

1. Bersihkan ayam.
2. Masukkkan semua bahan dalam kuali dan biarkan mendideh.
3. Keluarkan ayam dan masukkan dalam loyang.
4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 20 minit [gunakan api atas]
5. Masskkan kuah yg lebihan sehinga agak pekat.
6. Bila ayam telah garing boleh hidangkan dengan kuahnya

Sup Tulang


Bahan-bahan

1 kg tulang
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya
Bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam
Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara Memasak

1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

Nasi Daging


Bahan-bahan

1 kg. daging....potong sebesar4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan beras bathmati.... bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan ..disimpulkangaram & gula secukup rasa

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih mayang halus atau tumbuk
1 inci halia

Cara Memasak

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendideh.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.

Nasi Ayam Pandan

Bahan untuk nasi

4 pot beras
Daun pandan ( sehelai )
Hirisan halia
Rempah tumis ( bunga lawang, kayu manis, buah pelaga & cengkih )
Kiub ayam Maggi ( 3 ketul )
Majerin ( 2 sudu )
Sedikit garam & tepung kunyit

Cara-cara

1. Basuh beras dan toskan sehingga kering
2. Panaskan majerin dengan sedikit minyak masak
3. Tumiskan halia, serbuk kunyit dan daun pandan
4. Masukkan rempah tumis
5. Masukkan air
6. Hancurkan kiub ayam dan masukkan kedalam air tadi
7. Masukkan kedalam periuk nasi dan tanak sehingga masak

Bahan untuk ayam

Seekor ayam di potong 8
Kicap pekat
Beberapa helai daun pandan
Sedikit halia & kunyit ( ditumbuk )
Minyak untuk mengoreng
Limau nipis atau lemon

Cara-cara

1. Bersihkan ayam dengan perahan limau atau lemon
2. Kukus sehingga separuh masak
3. Setelah itu angkat dan perapkan ayam dengan kicap, halia dan kunyit
4. Balutkan ayam dengan daun pandan.
5. Setelah beberapa minit, goreng ayam sehingga agak garing.

Bahan untuk Sambal Cili

3 ulas bawang putih ( di tumbuk )
2 cawan gula pasir
1 sudu cuka
Cili kering yang dikisar

Cara-cara


1. Hanguskan gula di dalam kuali bersama bawang putih yang di tumbuk
2. Masukkan cili
3. Masukkan sedikit air
4. Biar sehingga kuah agak pekat
5. Akhir sekali masukkan sedikit garam dan cuka.


Bahan untuk Sup


Air
3 kiub ayam MAGGI
1 inci halia ( di titik )
1 batang serai ( di titik )
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Lada sulah

Cara-cara

1. Masak air hingga menggelegak
2. Masukkan kiub ayam magi
3. Masukkan halia & serai
4. Apabila masak, masukkan daun sup, daun bawang dan taburan Bawang goreng.
5. Masukkan lada sulah

Cara menghidang

Hidangkan bersama daun salad, hirisan timun dan tomato.

Monday, December 15, 2008

Ayam Hitam Manis

Bahan-Bahan

4 ketul Paha ayam spring (tanpa lemak)
10 biji Shiitake cendawan
2 biji Kentang (bersama kulit)
2 sudu Campuran halia dan lengkuas yang telah digiling halus
1 biji Bawang besar (dimayang)
1 sudu Bawang putih dan kacang merah (digiling halus)
2 sudu Sos lada
2 sudu Kicap pekat manis
1 sudu Serbuk rempah tumis
1 gelas Air sejuk

Cara Cara


1· Ayam digaul dengan halia, lengkuas, sos lada dan garam.

2· Masukkan kentang, cendawan, bawang besar, bawang putih, sos lada, kicap, serbuk rempah dan digaul.

3· Masukkam sedikit air dan masak selama 10 minit.

Ayam Lemon

Bahan-bahan

1 ekor ayam seberat 1.5kg (dipotong lapan)
minyak untuk menggoreng
120g gajus

Perasa
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar madu
2 sudu besar kicap

Cara-cara


1· Gaul ayam bersama serbuk lada hitam, madu dan kicap.Perap selama 1 jam.

2· Panaskan minyak dan goreng ayam itu sehingga garing.

3· Kemudian goreng pula gajus itu dan ketika menghidangkannya,tabur gajus itu ke atas ayam dan hiaskan dengan hirisan timun.Hidangkan panas-panas.

Ayam Golek Seri Pahang

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawang merah (dikisar halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:


1· Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.

2· Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3· Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.

Ayam Ketumbar

Bahan-bahan:

1/2 kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping

Cara memasak:

1· Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.

2· Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau ke dalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).

3· Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.

4· Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).

5· Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan

Ayam Arisa

Bahan-Bahan

1 ekor ayam (dibuang kulitnya)
2 mangkuk air
½ biji buah pala
1 tin oats kecil
1 ½ cawan minyak jagung/minyak sayur
1 cawan kacang pis
3 batang cili merah (dihiris)
2 batang daun sup dan daun bawang (dihiris)
½ sdt garam

Cara Cara


1. Rebuskan ayam bersama dua mangkuk air dan ½ biji buah pala dan sedikit garam secukup rasa.

2. Setelah empuk ayam, diangkat dan ditoskan ayam tadi. Kemudian disiat-siatkan isinya dan dikisarkan kasar sedikit.

3. Air rebusan ayam tadi dipanaskan lagi hingga mendidih, setelah mendidih masukkan oats dan kacau masak dan sebati.

4. Setelah masak oats tadi, masukkan isi ayam, minyak dan jagung gaul hingga rata dan pekat.

5. Apabila nampak ianya bergetil dan diangkat, kemudian tuangkan kedalam mangkuk kaca dan tekan sehingga rata.

6. Taburkan kacang pis, lada merah, daun sup dan daun bawang diatasnya.

Friday, November 28, 2008

Mee Bandung Muar

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)


Cara memasak:


1· Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2· Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3· Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4· Masukkan sos tiram
5· Masukkan udang, daging rebus
6· Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang

· Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
· Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
· Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
· Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
· Hidangkan.

Mee Bandung

Bahan-bahan

Mee / Meehoon
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang

Cara-cara


1· Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak.
2· Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air secukupnya.
3· Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala.
4· Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5· Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur
6· Untuk menghidangkan tabur daun ke dalam mangkuk berisi kuah bandung.
7. Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi.

Makoroni Goreng

Bahan-Bahan

500g makaroni (sudah direbus)
250g daging cincang
2 sudu besar gula madu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap cair
½ sudu kecil serbuk lada putih
1 biji bawang besar dihiris
minyak secukupnya
garam secukup rasa
2 sudu besar mentega
1 sudu besar bawang putih dikisar
½ sudu kecil serbuk buah pala
daun sup dan daun bawang secukupnya (hiris halus)
100g udang
100g lobak merah dihiris


Cara Cara

1. Perapkan daging cincang dengan kicap cair dan gula madu.
2· Panaskan sedikit minyak dan goreng daging. Masukkan sedikit mentega, serbuk lada putih, garam dan sos tomato. Gaul rata sebelum diangkat.
3· Panaskan minyak di kuali baru dan tumis bawang putih kisar. Kemudian masukkan bawang besar diikuti dengan udang dan makaroni.
4· Masukkan serbuk buah pala, serbuk lada putih dan sedikit mentega.
5· Akhir sekali masukkan lobak merah dan daun sup dan daun bawang.
6· Hidangkan makaroni dengan meletak daging cincang di atasnya.

Makaroni Bakar

Bahan-bahan

1 paket macaroni (dicelur dalam air panas sehingga kembang dan ditoskan)
1/2 kilo daging cincang
1 tin susu cair/ideal milk(besar)
1 tin air
4 bji telur (dipukul)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia (semua ditumbuk)
sedikit daun sup dan daun bawang
sedikit bawang goreng
3 sudu rempah daging minyak utk menumis

Cara Membuatnya

1. Tumis bawang dan rempah hingga kuning.
2. Masukkan daging cincang dan goreng sehingga sebati.
3. Masukkan makaroni dalam bekas pembakar dan tuangkan adunan daging. Gaul rata.

4. Masukkan susu, kacau rata.
5. Pecahkan telur dan pukul sedikit kemudian tuang atas macaroni. Ratakan (jgn dikacau)

6. Hias dengan daun sup dan bawang goreng.
7. Bakar dgn api yg sederhana.

Laksa Johor

Bahan-bahan

Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan
(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
15 ulas bawang merah }
5 ulas bawah putih }
3 inci Lengkuas } dikisar halus (A)
3 batang serai }
300 gm udang kering (dikisar) (B)
150 gm ikan kurau kering (dibakar dan di kisar) (C)
kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara
1. Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
2. Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
3. Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
4. Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap

Untuk Ulam
Taugeh
Daun kesom & Daun selasih
lobak asin
sambal belacan
timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus -
(bukan seperti buat laksa asam)
Limau kasturi

Kway Teow Mikro

Bahan-Bahan

1 paket kway teow
250g isi ayam
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 batang cili dihiris
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak
½ batang lobak merah dihiris panjang
1 batang cili merah dihiris sebagai hiasan

Cara Cara

1. Letakkan minyak di bekas khas dan letakkan juga bawang putih dan isi ayam.

2. Gaul hingga rata lalu masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 6-9 minit pada suhu sederhana panas.


3. Selepas itu, masukkan kway teow, sos tiram, kicap cair, garam, kicap manis, lada putih dan hitam dan lobak.

4. Gaul lagi sehingga semuanya rata.


5. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 90-120 saat pada suhu sederhana panas.