Friday, October 31, 2008

Sambal Ikan Tahai


Bahan-bahannya


1/2 kilo Ikan Tahai Salai ( Ikan Tamban )
1 cawan cili kering ( dikisar halus )
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit gula & garam
3 keping biji Asam Gelugor/keping
Sedikit air belacan
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :
Kupaskan kulit Ikan Tahai dan tumbuk separuh halus.
Tumiskan bawang merah & bawang putih yang dikisar hingga garing.
Masukkan cili yang dikisar dan biar sampai terbit minyak.
Masukkan Asam keping, air belacan, gula & garam dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan ikan yang ditumbuk tadi dan masak hingga sambalnya melekit.

Tips :
Sesuai untuk dimakan dengan ketupat, kelupis,lemang dan roti.
Ia juga sedap untuk dimakan dengan nasi lemak.
Ia juga boleh dimakan begitu saja tanpa dimasak kerana ia telah disalai.

Komen jefbuj:
Saya telah bekerja selama 3 tahun di Limbang, Sarawak iaitu sebagai Pengurus Purnama Hotel Limbang. Di hari pertama saya di sana, saya telah diperkenalkan dengan Ikan Salai Tahai. ( Sila rujuk pada gambar ). Limbang & Lawas memang terkenal dengan Ikan Tahai. Ia tidak terdapat di daerah lain di Sarawak. Harga Ikan Tahai mengikut musim. Apabila musim Tahai, ia di jual dengan harga RM7 - RM8 sekilo. Akan tetapi apabila bukan musim ia dijual hingga mencecah RM28 sekilo. Kelebihan Ikan Tahai ialah, ia boleh disimpan berbulan-bulan lebih-lebih lagi apabila di simpan di dalam peti sejuk. Apabila anda pergi kenduri di Limbang, memang tidak sah kalau tuan rumah tidak menghidangkan sambal Tahai yang telah menjadi begitu sinonim dengan Daerah Limbang. Jadi, kalau anda berkunjung ke Limbang atau Lawas jangan lupa membeli Ikan Salai Tahai! TEngok masakan saya di atas... nampak sedap kan? Kalau makan, lagi terangkat!!!

2 comments:

Anonymous said...

Salam....baru kejap tadi masak masak ikan tahai...baunyer pun amat menyelerakan.thanks for the recipe...

amie tiez said...

nak cuba lah.. semalam dapat gift dari orang kampung di lawas ... mujur laa ada resepi ni .. kalau tidak ... buntu juga nak buat apa dengan ikan ni ...