Friday, April 9, 2010

PENGAMBARAN MENU CHEF NAJIB DI MAJALAH SAJI

Baru-baru ini, saya telah dijemput oleh Majalah Saji dari KL untuk memasak beberapa masakan tradisi Sarawak untuk dimuatkan ke dalam Majalah Saji edisi Jun 2010. Pengambaran telah dijalankan dari 6 - 10 April dibeberapa buah lokasi.
Untuk projek ini, saya telah menyediakan menu-menu khas dari Sarawak untuk peminat Majalah Saji dan sudah tentu pembaca setia blog saya.
Bagi mendapatkan bahan2 masakan saya, bukan senang. Saya terpaksa memesan bahan2 dari jauh untuk memasak menu pilihan saya seperti Ikan Tahai dari Limbang, Ikan Lumek dari Sibu, Beras Bario dari Ba'kalalan, Belacan dari Bintulu, Sesar unjur dari Belawai, Terong Asam dari Sri Aman dan selebihnya dibeli di Kuching sahaja.

Untuk melihat semua menu2 ini [ dengan gambar yg lebih menarik ] sila beli Majalah Saji keluaran Jun akan datang! Selamat mencuba resepi2 saya!

Terima kasih kepada Rosmarlinda, wartawan eksekutif dari Majalah Saji, Jaffri [ Juru Kamera Saji ] dan Norashikin dari Majalah Mangga.... ' You all are great team! '

1 comment:

Anonymous said...

Kepada para pengunjung blog ini dukacita dimaklumkan bahawa beliau telah meninggal dunia dan dikebumikan hari ini 14 April 2010 di Kuching, Sarawak. Moga-moga segala amal baik beliau diterima Allah S.W.T sebagai amal soleh serta diampunkan Allah S.W.T segala kesilapan beliau. Moga-moga roh beliau ditempatkan Allah S.W.T bersama hamba-hambaNYA yang soleh.